Mesyuarat Pertama Perhimpunan Gagasan Nusantara (PGN) di Puncak Bogor Indonesia

2

BOGOR 12 APRIL – Laskar Merah Putih Indo (LMP) dan Perkasa Malaysia telah mengadakan mesyuarat pertama PERHIMPUNAN GAGASAN NUSANTARA (PGN) berlansung di Puncak Bogor Indonesia. Perkasa yang diketuai oleh presidennya, Dato’ Ibrahim Ali hadir bersama Ahli Dewan tertinggi Perkasa (ADT), Tan Sri Rashid Abd. Rahman (Naib Presiden), Lt. Jeneral (B) Dato’ Wira Hj.Masood Hj. Zainal Abidin, Laksamana Madya (B) Dato’ Mat Rabi Abu Samah, Dato’ Ruhanie Ahmad, Ustaz Hassan Basri (Ketua Penerangan), Dato’ Mustapha Yaacob (Pengerusi Biro Antarabangsa), Ahmad Zaini (Setiausaha Biro Antarabangsa).

Laskar Merah Putih Indo (LMP) pula diketuai Hj. Adik Erfil (Ketua Umum LMP) dan barisan Kepimpinan Tertinggi LMP, Dr. Giobita, Burhan Saidi, H. Agus Salim,Ir Hj. Eadfel J. Anwar, Ir Edi Wibowo SH, Herwin Mega dan Dr. Arief Sugiarto.

Perkasa cadang ADUN wajib pakai pakaian istiadat

img020 IPOH 9 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada peraturan mesyuarat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat dengan menetapkan setiap wakil rakyat perlu mengenakan pakaian istiadat ketika keberangkatan Sultan atau Yang di-Pertuan Agong ke sidang Dewan.

Pertubuhan itu juga mencadangkan supaya pindaan itu nanti, wakil-wakil rakyat tidak dibenar melakukan sebarang protes ketika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong berangkat merasmikan istiadat pembukaan persidangan DUN serta Dewan Rakyat.

KENYATAAN PRESIDEN PERKASA DATO’ IBRAHIM ALI

Untitled-3-01 KUALA LUMPUR 7 April – Amat menyedihkan pemilikan hartanah bumiputera hanya 39.5% sahaja berbanding bukan bumiputera 53.4% dan syarikat 7.1%.Perkasa juga yakin pemilikan syarikat 7.1% itu adalah dari kalangan bukan bumiputera. Malah 39.5% milik bumiputera sudah pasti rumah biasa dan bukan rumah berharga yang bernilai tinggi.Bagaimana pula milik rumah-rumah kedai, lot-lot dalam gedung besar dan menara-menara? Pasti sebahagian besarnya atau berkemungkinan lebih 90% menjadi milik bukan bumiputera.

Tanah rezab Melayu pula hanya tinggal sekitar 12% dan kebanyakannya tidak diganti semula serta menyalahi undang-undang.Perkasa telah mengemukakan pelbagai cara untuk mengembalikan segera tanah-tanah rezab Melayu. Apakah tindakan segera dan agresif untuk membantu bumiputera memiliki hartanah yang bukan sahaja rumah kediaman tetapi juga memiliki rumah-rumah kedai dan lot dalam gedung-gedung di bandar-bandar.